Monday, 22 December 2014

Berdasarkan fakta sejarah, suatu ketika dahulu semasa pemerintahan Sultan Brunei, Debak telah dijadikan pusat pentadbiran untuk kawasan Saribas. Wakil Sultan Brunei di tempat ini ketika itu adalah Datuk Bandar Abdul Hamid iaitu anak kepada Datuk Patinggi Kedit.
SK Datuk Bandar yang terletak di Debak mengambil nama sempena Wakil Sultan Brunei, Datuk Bandar Abdul Hamid.
     Debak juga mempunyai lagendanya yang tersendiri misalnya lagenda tentang Sungai Rimbas. Suatu ketika dahulu, Sungai Rimbas yang mengalir di tengah-tengah Daerah Kecil Debak mempunyai benak yang cukup besar. Bahkan dikatakan lebih besar daripada benak yang dapat dilihat di Sungai Batang Lupar, Sri Aman.
     Mengikut cerita penduduk asal di sini, suatu masa dahulu anak seorang pahlawan (yang bernama Datuk Ugak) dikatakan telah menjadi mangsa kepada benak berkenaan ketika sedang mandi. Apabila mengetahui anaknya terbunuh disebabkan benak itu, Datuk Ugak telah membawa pedang dan menunggu kemunculan benak tersebut.
Akibat berang, Datuk Ugak telah menetak benak berkenaan dengan pedang yang dibawanya. Mengikut masyarakat di sini, semasa menetak Benak tersebut kelihatan darah yang mengalir di dalam Sungai Rimbas. Oleh itulah, kita tidak dapat lagi melihat benak itu di Debak pada hari ini kerana dikatakan telah "mati" dibunuh Datuk Ugak.



No comments:

Post a Comment