ANYAMAN BEMBAN
Anyaman tikar bemban 'bermotif'
amat sinonim dengan masyarakat Iban. Kehalusan pembuatan serta bilah
yang digunakan menjadikan motif yang ditonjolkan amat unik dan bermakna.
Ilham mimpi menjadikan motif yang ada pada anyaman tikar tersebut
memberi pengertian kepada penganyam.
Apa yang pasti, tikar bemban memberi kesan yang sejuk
kepada sesiapa yang menjadikan alas untuk tidur. Secara tradisi tikar
bemban akan menjadi hamparan di setiap 'ruai' rumah panjang apabila ada
sesuatu majlis 'randau' atau keramaian diadakan serta kepada hamparan
kepada tetamu yang berkunjung ke rumah panjang.
Pokok bemban adalah sejenis tumbuhan liar
yang terdapat di hutan berpaya dan banyak terdapat di Sarawak. Pada
kebiasaannya adalah untuk membuat tikar dan bakul. Pokok bemban terdiri
daripada 2(dua) jenis iaitu 'bemban air' (Donax Arundastrum) dan 'bemban batu' (Donax Grandis). Bemban air mempunyai daun yang kecil serta batang yang lembut (mudah dibengkokkan). Manakala bemban batu mempunyai daun yang lebar serta batang yang keras (susah dibengkokkan)
Selain dikenali sebagai pokok bemban ianya turut dinamakan 'pokok siat' oleh masyarakat Dusun di Sabah.
Pembuatan kraf yang sinonim kepada mereka adalah pelbagai bakul seperti
'belatak' dan 'takiding'. Hanya bemban air sahaja yang digunakan.
Manakala di Semenanjung Malaysia bemban dipercayai digunakan untuk
mencucuk atap, tali untuk bubu serta tali untuk mengikat hidung kerbau.
Bemban yang digunakan adalah bemban air (lembut). Bemban ini juga
dikenali sebagai 'bemban kicap'.
Pokok Bemban Air
Pokok Bemban Batu
Perbezaan Pokok Bemban Air dan Bemban BatuRimbunan Pokok Bemban Yang Tumbuh Meliar
Batang-batang Bemban Yang Telah di Potong Dan Diambil
Anyaman Tikar Bemban Bermotif Dan Bakul Bemban
No comments:
Post a Comment